Skip to main content

Bola Sepak

Euro 2020: Enrique tidak sangka Sepanyol seri dengan Poland

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mprata.jpg
Luis Enrique mengakui dia mengharapkan lebih lagi daripada Sepanyol dalam saingan Euro 2020 selepas seri 1-1 dengan Poland awal pagi tadi menyaksikan pasukannya terpaksa berhempas pulas untuk mara ke pusingan 16.

Gerard Moreno gagal menyempurnakan penalti dan Alvaro Morata sekali lagi tersasar ketika melakukan percubaan ketika Sepanyol sekali lagi berdepan sentuhan penyudah yang mengecewakan, dengan tandukan Robert Lewandowski membenarkan Poland meraih mata berharga di Seville.

Selepas bermula hambar bertemu , Spain menghuni tangga ketiga Kumpulan E dan perlu mengatasi Slovakia dalam aksi terakhir bagi mengelak daripada penyingkiran.

"Saya mengharapkan lebih lagi," kata Luis Enrique. "Saya mengharapkan enam mata dan tidak dibolosi jaringan. Namun inilah situasi yang perlu kami hadapi.

"Kami bakal menghadapi perlawanan penting dan jika kami ingin mara ke pusingan seterusnya, kami perlu menang. Sekiranya kami menang, kami akan layak. Sekiranya tidak, kami akan tersingkir. Itulah kenyataannya."

Morata meletakkan Sepanyol di hadapan tetapi jaringan ke-60 Lewandowski musim ini membenarkan Poland menyamakan kedudukan sebelum penalti Moreno sekadar terkena palang gol.

Morata gagal menyempurnakan rebound sekali gus terpaksa melewati dua perlawanan yang mengecewakan dalam saingan Euro kali ini. 


 

Advertisement

Must Watch Video