EPL: Potter kecewa Chelsea tewas di laman sendiri, akui Villa pasukan lebih baik
Muzaffar Musa
April 2, 2023 12:05 MYT
April 2, 2023 12:05 MYT
Graham Potter berasa kecewa selepas Chelsea tewas kepada Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Ollie Watkins memberikan Villa jaringan pembukaan menerusi lambungannya pada minit ke-15 sebelum John McGinn menjaringkan gol pertamanya dalam tempoh 16 bulan untuk memastikan kemenangan pelawat.
Walaupun Potter dapat melihat beberapa aspek positif dalam permainan pasukannya, dia agak kecewa dengan kegagalan mereka menjaringkan gol dan kegopohan mereka sewaktu bertahan.
"Saya fikir kami bukan pasukan terbaik di kedua-dua bahagian padang," kata Potter kepada Sky Sport.
"Jaringan pertama yang diperoleh mereka amat mengecewakan, kami perlu melakukan sedikit lebih baik daripada itu.
"Terdapat banyak perkara bagus dalam perlawanan ini, anda dapat melihat statistik perlawanan ini dan ia merupakan satu persembahan yang positif.
"Tetapi daripada segi keputusan, ia bukan sesuatu yang diharapkan kerana kami tidak cukup bagus dalam perlawanan dan ia membuatkan kami benar-benar kecewa.
"Amat jelas anda perlu bertahan lebih baik berbanding apa yang kami lakukan dan sudah pasti saya bertanggungjawab mengenainya.
"Kami perlu melihatnya semula dan memperbaikinya," katanya.
27 - Chelsea had 27 shots without scoring against Aston Villa; their most attempts in a Premier League match without finding the net since January 2014 against West Ham (39 shots, 0 goals). Blunt. pic.twitter.com/IrEiCPcdQt
— OptaJoe (@OptaJoe) April 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.