Dalam menanti EURO 2024, penggemar bola sepak Eropah tidak sabar untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di pentas antarabangsa.
Tetapi, sebelum kita merentas ke masa hadapan, marilah kita kembali mengimbau detik-detik yang memeranjatkan dan menggembirakan dari EURO 2020.
Cristiano Ronaldo, selain bakat bola sepaknya yang mengagumkan dia juga mencuri tumpuan apabila menolak botol Coca-Cola semasa sidang media. Tindakannya itu mencetuskan banyak perbualan, dan insiden tersebut didakwa menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola merosot kira-kira $4 bilion selepas itu.
Namun, tidak semuanya tentang kontroversi. Detik paling menggemparkan adalah ketika Christian Eriksen jatuh dengan tiba-tiba semasa perlawanan pembukaan Denmark menentang Finland akibat mengalami serangan jantung. Dunia bola sepak bersatu hati dalam mendoakan kesihatan Eriksen, termasuk Romelu Lukaku dari Belgium yang memberi penghormatan kepada rakan sepasukannya.
Ketegangan melonjak apabila seorang penerjun payung mendarat di Allianz Arena sebelum perlawanan penting antara Jerman dan Perancis. Insiden itu hampir berubah menjadi malapetaka, meninggalkan beberapa penonton cedera.
Detik seterusnya ini mungkin kekal dalam ingatan penyokong Sepanyol apabila penjaga gol sepanyol, Unai Simon membuat kesilapan yang tidak disangka-sangka menentang Croatia yang mengakibatkan gol sendiri, tetapi dia menebus dirinya dengan bermain cemerlang menentang Croatia dalam masa tambahan dan kemudian dalam penentuan penalti melawan Switzerland pada pusingan berikutnya.
Namun, dalam kisah dramatis EURO 2020, kita tidak boleh lupa perjalanan Switzerland. Mereka mengejutkan dunia dengan menewaskan Perancis dalam aksi penalti yang berapi di Bucharest. Penjaga gol Yann Sommer menjadi wira apabila menepis sepakan penalti penentuan Kylian Mbappe, memberikan Switzerland kemenangan paling bersejarah mereka.
Detik-detik semasa EURO 2020 tetap terpahat dalam ingatan kita. Kini, kita tunggu untuk melihat apa yang bakal ditawarkan EURO 2024!
Azreena Faizal
Sat Jun 08 2024