EURO
Copa America: Brereton pastikan kemenangan tipis Chile ke atas Bolivia
CHILE 1 BOLIVIA 0
Ben Brereton menjaringkan gol peringkat antarabangsa pertamanya ketika Chile menang tipis 1-0 ke atas Bolivia dalam perlawanan Kumpulan A, Copa America, hari ini.
Terdahulu, pasukan kendalian Martin Lasarte itu terikat 1-1 dengan Argentina dalam perlawanan pembukaan awal minggu ini dan walaupun hanya meraih kemenangan tipis kali ini, mereka kelihatan mendominasi hampir keseluruhan permainan di Arena Pantanal, Cuiaba.
Penyerang Blackburn Rovers, Brereton -- yang melakukan penampilan pertamanya selaku pemain gantian ketika menentang Argentina -- menjaringkan gol tunggal pada awal permainan dengan menewaskan Carlos Lampe susulan larian pantasnya.
Chile mencipta deretan peluang bagi menambah kelebihan mereka -- kebanyakannya dihasilkan dalam babak pertama -- tetapi gagal menemui jalan memecahkan keampuhan pertahanan Bolivia, yang kini tewas kedua-dua perlawanan pertama.
Seterusnya, Chile akan berdepan Uruguay, Selasa ini manakala Bolivia pula akan menghadapi lawan sama pada Jumaat depan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.