EURO 2024

Copa America: Argentina lepasi ranjau Ecuador

05/07/2024 | 04:50 MYT
ARGENTINA 1 ECUADOR 1
(Argentina mara menerusi penentuan sepakan penalti 4-2)
Emiliano Martinez sekali lagi menjadi wira Argentina dalam penentuan sepakan penalti untuk mengetepikan Ecuador dan mara ke separuh akhir Copa America biarpun tendangan ala Panenka Lionel Messi sebagai petugas pertama gagal.
Penyandang juara itu berdepan debaran di Stadium NRG sebentar tadi selepas berikutan gol penyamaan masa kecederaan Kevin Rodriguez membatalkan jaringan tandukan Lisandro Martinez dalam separuh masa pertama untuk mengimbangi pertemuan suku akhir itu.
Namun, misi La Albiceleste untuk mempertahankan gelaran itu hampir tersentak selepas percubaan Messi -- yang kembali menjadi pertaruhan selepas direhatkan ketika menentang akibat kecederaan hamstring -- terkena palang.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mujur Emiliano Martinez tampil kembali memainkan watak pentingnya dari jarak 12 ela itu yang pernah mengangkat La Albiceleste menjuarai Piala Dunia 2022 apabila menampan Angel Mena dan Alan Minda, sebelum Nicolas Otamendi menyempurnakan kemenangan barisan kendalian Lionel Scaloni itu.
#Copa America
;