Pemandu Monegasque itu berada dalam musim kelimanya bersama pengeluar Itali berkenaan dan masih memburu podium pertama musim 2023 selepas membuat permulaan yang hambar.
Tetapi di tengah-tengah spekulasi yang berlarutan mengenai masa depan juara dunia tujuh kali Hamilton di Mercedes, Leclerc dikaitkan untuk menggantikan posisi pemandu Britain itu.
Bagaimanapun, menjelang Grand Prix (GP) Azerbaijan hujung minggu ini, Leclerc menafikan laporan bahawa dia akan beralih angin walaupun tidak secara jelas menolak sebarang perpindahan pada masa depan.
"Belum, belum," katanya.
Baku is looking gooood. ?? pic.twitter.com/pZceC5prFe
— Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team (@MercedesAMGF1) April 27, 2023
"Bukan buat masa ini. Buat masa ini, saya fokus sepenuhnya pada projek yang saya jalani hari ini, iaitu bersama Ferrari dan saya percaya sepenuhnya serta yakin untuk masa depan.
"Kemudian kita akan lihat tetapi saya tetap yakin sepenuhnya untuk projek dengan Ferrari ini. Saya komited sepenuhnya kepada Ferrari dan saya sayangkan Ferrari.
"Adalah menjadi impian saya untuk berada di dalam pasukan ini dan keutamaan utama saya adalah untuk memenangi kejuaraan dunia bersama pasukan ini.
"Jadi ia bukan sesuatu (bertukar pasukan) yang bermain dalam fikiran saya."