Bola Tampar Remaja Dunia: Farwizah Aina-Nur Auni berani mencabar
Shaiful Shamsudin
September 9, 2022 22:12 MYT
September 9, 2022 22:12 MYT
Skuad bola tampar pantai negara diberi penghormatan menerusi Majlis Penyerahan Bendera yang disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker, sebelum mengibarkan cabaran dalam Kejohanan Bola Tampar Remaja Dunia di Izmir, Turkiye, bermula Rabu depan.
Paling mencuri tumpuan, gandingan muda negara, Farwizah Aina Ahmad Nizar dan Nur Auni Maisarah Shamsul Rizal, mengukir sejarah tersendiri apabila menjadi wakil pertama negara beraksi di pentas tertinggi itu.
Biarpun kali pertama bakal mendapat persaingan kompetitif, dua atlet muda meningkat naik negara itu tidak gentar untuk mempamerkan aksi terbaik berikutan sudah digandingkan hampir tiga tahun.
Sensasi Farwizah Aina, 18, dan Nur Auni yang baru berusia 15 tahun menempah slot secara merit sekali gus membuktikan pengalaman cetek serta faktor fizikal tidak menghalang mereka untuk berada dalam kalangan atlet elit dunia.
"Saya menjadi berani hasil tunjuk ajar jurulatih dan sokongan semuanya.
Saiz tubuh badan bukan kayu pengukur tapi kecelikan akal itu yang penting ?? Goodluck Farwizah Aina & Auni Maisarah yang akan ke ?? sertai FIVB U19 Beach Volleyball World Championships ? pic.twitter.com/twuyDHG8cX
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Paling penting adalah tahap pemikiran, jangan takut. Kalau fikiran kata tak boleh lawan, memang tidak boleh tapi kalau fikiran kata saya berani, saya akan lawan sampai habis.
"Dengan latihan, akal dan taktikal, kami yakin kami boleh (beri cabaran).
"Akal lebih penting dan memiliki ketinggian adalah bonus.
"Kami juga yakin dengan keserasian kami," kata Farwizah Aina.