SINGAPURA 56 MALAYSIA 43

Kemenangan Singapura ke atas skuad kebangsaan dalam aksi pelengkap jadual pusingan kedua Kumpulan E, sebentar tadi, bakal menghangatkan lagi aksi separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia, Sabtu ini.


Malaysia kecundang 43-56 kepada dalam perlawanan 'pemanas badan di OCBC Arena itu yang menyaksikan tuan umah sentiasa memimpin permainan.

Berikutan kejayaan Sri Lanka menamatkan pusingan 2 peringkat kumpulan dengan kemenangan sempurna, Malaysia dan negara Seberang Tambak itu sah akan membuat perhitungan sekali lagi.

Berbekalkan sokongan padu penonton di tempat sediri, aksi agresif Singapura menyukarkan peluang Malaysia untuk menyerlah apabila kem kendalia Lisa Beehag itu ketinggalan 10-14 dalam suku pertama.




Ketekalan Singapura terus mnggugat prestasi Malaysia untuk bangkit apabila pemenang emas Sukan SEA 2015 itu terus menjarakkan kedudukan dalam suku kedua dengan kelebihan 30-22.

Misi mengatasi defisit lapan mata yang dimiliki Singapura diteruskan dalam suku ketiga, namun juara dua kali itu terus dihukum apabila makin ditinggalkan menerusi keputusan 32-42 sebelum tumbang 43-56.

Bagaimanapun, kem negara masih berpeluang untuk membalas dendam dalam misi ke final yang turut menawarkan kelayakan merit ke Piala Dunia tahun depan.

Kredit imej: netballsingapore