Berkat keyakinan tinggi, Jerman sasar juara Euro 2024
Najmi Iman
Mei 28, 2024 08:28 MYT
Mei 28, 2024 08:28 MYT
Menjelang kejohanan Euro 2024, juara Piala Dunia 2014, Jerman, mensasarkan gelaran berprestij itu dihadapan peminat tempatan sebagai mercu bermain di tempat sendiri.
Pengarah Teknikal skuad Jerman, Rudi Voller, memberikan sepenuh kepercayaan kepada ketua jurulatih, Julian Nagelsmann, untuk mengetuai pasukan kebangsaan itu meraih kejayaan.
Meskipun disingkirkan di peringkat kumpulan dalam kejohanan Piala Dunia 2018 dan 2022, mereka tetap optimis dengan mempertaruhkan sepenuh keyakinan selepas menampilkan aksi memukau ketika perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum ini.
"Kami sangat yakin dengan kemampuan pasukan menerusi dua perlawanan sebelum ini.
"Kami mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah. Jadi kami harus menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menjulang trofi di rumah kami sendiri," katanya.