Skuad berbasikal trek negara berdepan tugas getir untuk membolot pingat emas yang ditawarkan pada hari terakhir acara itu dengan Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan turun memburu emas sulung di Velodrom Nasional, Nilai, hari ini.

Sebanyak lima emas menjadi rebutan dengan tumpuan utama adalah Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapha apabila kedua-duanya akan turun dalam acara keirin, malam ini.

Shah Firdaus akan turun beraksi dalam 1km ujian masa di samping Muhammad Fadhil Zonis, kira-kira jam 2.30 petang ini.

Dia mengintai misi peribadi peribadi untuk memecahkan rekod Rizil Tisin, 1 minit 01.658 saat, yang dilakar di Poland pada 2009.

"Sasaran hari ini adalah pingat emas dan saya juga mahu memecahkan rekod milik Rizal Tisin.

"Apa yang penting, saya berlumba dahulu dan jika rekod itu dipecahkan, ia satu bonus buat saya.

"Yang paling utama, saya memberikan fokus terhadap perlumbaan," kata pelumba pelapis itu.

Selain itu, Fatehah akan beraksi dalam acara 500m ujian masa wanita, juga dalam aksi jam 2.30 petang ini.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.