Tomislav Steinbrucker, meluahkan kegembiraan berjaya memastikan Terengganu FC menamatkan kemarau untuk mara ke final buat kali pertama sejak empat tahun yang lalu.
Terengganu FC kali terakhir melangkah ke final pada 2018 dan kali terakhir bergelar juara pada 2001, dan kini skuad Peteh yang dibimbing jurulatih kelahiran Croatia itu kembali berjaya melangkah ke final dalam usaha memburu gelaran Piala Malaysia.
Skuad yang berpangkalan di Pantai Timur itu melewati perjalanan yang cukup bergaya, mengatasi pasukan pilihan, Selangor di suku akhir sebelum menamatkan cabaran KL City di separuh akhir dengan kemenangan 4-2 secara agregat sebentar tadi di Stadium Sultan Mizan.
Selepas tamat perlawanan, Steinbrucker berkata, "Tahniah kepada penyokong dan juga kepada pemain atas usaha yang telah dilakukan untuk pasukan ini dan kami berjaya melangkah ke final.
"Ivan Mamut seorang pemain yang berkualiti, namun terdapat banyak lagi ruang dapat diperbaiki.
"Dua jaringan yang dihasilkan juga manis, tetapi seluruh pasukan telah berusaha sebaik mungkin dalam perlawanan ini bagi memastikan kemenangan.
"Kami bakal tanpa khidmat Liridon Krasniqi tidak dapat beraksi di final, kami akan meneliti barisan pemain untuk diturunkan dalam aksi final. Namun terdapat banyak lagi perlawanan perlu dihadapi dan kami akan cuba melakukan yang terbaik."
9 Disember bakal menjadi tarikh keramat apabila Terengganu bakal berentap Johor Darul Ta'zim (JDT).
Ammar Hakim
Fri Nov 03 2023